Pembajaan dan pengairan tanaman basil di tanah bris
2002
Engku Ismail E.A., Mardi Telong, Pusat Penyelidikan Tanaman Makanan dan Industri, 16310 Bachok, Kelantan (Malaysia) | Mohammud C.H., Mardi Telong, Strategic, Environment & Natural Resources, 16310 Bachok, Kelantan (Malaysia) | Salbiah H., MARDI Serdang, Economics and Technology Management, 43400 Serdang, Selangor (Malaysia)
لغة الملايو. Basil ditanam secara komersial di luar negara untuk penghasilan minyak pati bagi kegunaan industri pembuatan bahan pewangi. Di Malaysia, basil hanya ditanam secara kecil-kecilan sahaja. Kajian dijalankan bagi mengenalpasti kadar pembajaan dan pengairan yang sesuai bagi tanaman basil di tanah pasir bris, sebagai persediaan awal untuk memperkenalkannya sebagai satu tanaman alternatif kepada tembakau bagi kawasan ini. Keputusan ujikaji menunjukkan berat hasil dan tinggi pokok terus meningkat secara linear dengan peningkatan kadar pembajaan sehingga pada kadar tertinggi yang diuji iaitu 2.5 t/ha baja NPK 'Blue Special' (12:12:17:2+TE). Berat hasil yang tertinggi iaitu 8.79 t/ha (pungutan hasil pertama) dan 15.48 t/ha (pungutan hasil kedua) telah diperolehi dari plot yang menerima kadar baja 2.5 t/ha NPK 'Blue Special'. Manakala kadar pengairan pada paras 100% evapotranspiration (ET) pula didapati lebih baik berbanding dengan 200% ET seperti mana ya ng ditunjukkan oleh purata hasil masing-masing sebanyak 6.33 t/ha berbanding 4.60 t/ha.
اظهر المزيد [+] اقل [-]الكلمات المفتاحية الخاصة بالمكنز الزراعي (أجروفوك)
المعلومات البيبليوغرافية
تم تزويد هذا السجل من قبل Universiti Putra Malaysia