[Status pengurusan rantaian bekalan sayur-sayuran di Malaysia]
2008
Haron A. Rahim | Amin Mahir Abdullah, Putra Malaysia Univ. (UPM), 43400 UPM Serdang, Selangor (Malaysia). Faculty of Agriculture. Dept. of Agribusiness and Information System
لغة الملايو. Sayur tempatan menghadapi persaingan di pasaran tempatan dengan sayur import. Usaha menpertingkatkan pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran perlu bagi mempercepatkan industri ini membangun secara lesteri. Konsep pengurusan rantaian bekalan perlu diperkenalkan kepada pengeluar, pemproses dan pemasar (pemain industri). Pendekatan ini mampu mengatasi keperluan pasaran dalam menyediakan barangan berkualiti, dan ciri amalan keselamatan makanan. Pemain industri sayur perlu bekerjasama dalam mewujudkan persafahaman dan berkongsi maklumat dalam berinteraksi pemiagaan di setiap peringkat bagi menikmati situasi menang-menang. Keperluan ini penting untuk mewujudkan keseluruhan sinergi dalam industri sayur tempatan. Secara amnya pengurusan rantaian bekalan masih di peringkat awal pelaksanaannya oleh pemain industri sayur. Terdapat perkembangan baru di mana wujudnya supermarket dan hipermarket terutama di bandar besar yang mana senario ini telah mengubah po la permintaan ke arah sayur yang berkualiti dan keperluan mengamalkan ciri keselamatan makanan. Perubahan ini mempengaruhi pemain industri sayur untuk mengamalkan pengurusan rantaian bekalan di sub-sektor ini. Bagi menjamin pendekatan pengurusan rantaian bekalan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, beberapa pendekatan dikenalpasti, di antaranya keupayaan berkongsi maklumat, amalan perniagaan secara menang-menang, pelaburan awam ke atas kemudahan infraskutur, insentif kewangan serta lain insentif sebagai usaha mempromosi pendekatan ini. Diharapkan pendekatan ini akan dapat membantu pencapaian pembangunun industri sayur tempatan selaras dengan matlamat di bawah RMK-9.
اظهر المزيد [+] اقل [-]الكلمات المفتاحية الخاصة بالمكنز الزراعي (أجروفوك)
المعلومات البيبليوغرافية
تم تزويد هذا السجل من قبل Universiti Putra Malaysia