Kesan penggunaan baja organik terhadap tanaman misai kuching (Orthosiphon stamineus) dan hempedu bumi (Andrographis paniculata) di tanah bris | Effects of organic fertilizers on crop of "misai kucing" (Orthosiphon stamineus ) and "hempedu bumi" ( Andrographis paniculata ) on the ground bris
2002
Wan Zaki W.M. | Zaharah A. | Musa Y.
Kajian kesan kadar baja organik tahi ayam (0, 10, 20, 30 dan 40 t/ha) telah dijalankan ke atas tanaman misai kucing (Orthosiphon stamineus) dan hempedu bumi (Andrographis paniculata) di tanah bris. Keputusan menunjukkan tahi ayam sebanyak 30 t/ha mengeluarkan hasil tertinggi bagi misai kucing. Kajian juga menunjukkan tahi ayam sebanyak 10 t/ha adalah memadai untuk mengeluarkan hasil yang tinggi bagi tanaman hempedu bumi di tanah bris. Bagi tanaman misai kucing, berat basah sehelai daun berkadar terus dengan penambahan tahi ayam. Bilangan daun sepokok yang menurun pada kadar 40 t/ha menyebabkan berat basah daun sepokok juga menurun. Lantaran itu, kadar 30 t/ha tahi ayam sudah mencukupi bagi mengeluarkan hasil tertinggi tanaman misai kucing. Bagi tanaman hempedu bumi, berat basah sehelai daun yang tertinggi diperoleh pada kadar 10 t/ha tahi ayam. Penambahan kadar tahi ayam melebihi aras 10 t/ha tidak memberikan pulangan yang setimpal.
اظهر المزيد [+] اقل [-]الكلمات المفتاحية الخاصة بالمكنز الزراعي (أجروفوك)
المعلومات البيبليوغرافية
تم تزويد هذا السجل من قبل Universiti Putra Malaysia