Pemodelan berstatistik data hidrologi | Statistical modelling of hydrological data
2003
Ahmad Mahir Razali | Lew, J.H.
مجهول. Analisis kekerapan banjir telah selalu digunakan untuk meramal magnitud banjir sesebuah sungai. Kertas ini pula adalah mengenai kaedah pemadanan data hidrologi, iaitu data mengenai aliran maksimum air sungai yang boleh disifatkan sebagai aliran air sungai pada waktu banjir. Pemadanan ini dilakukan sebelum suatu analisis kekerapan banjir yang sebenar dapat dilakukan. Memodelkan data hidrologi ini dilakukan melalui taburan kebarangkalian nilai ekstrem. Data aliran maksimum tahunan Sg. Langat, Sg. Semenyih dan Sg. Lui, Hulu Langat, Selangor telah diperoleh daripada Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Malaysia. Tiga model kebarangkalian nilai ekstrem, iaitu taburan Gumbel, taburan Weibull dan taburan Lognormal telah cuba dipadankan. Plot kebarangkalian nilai jangkaan banjir melawan nilai cerapan sebenar telah digunakan untuk melihat sejauh mana model-model tersebut dapat menyesuaikan siri banjir tahunan tersebut. Bagi ketiga-tiga set data aliran maksimum tahunan tersebut didapati taburan Lognormal agak menyesuai dengan baik.
اظهر المزيد [+] اقل [-]الكلمات المفتاحية الخاصة بالمكنز الزراعي (أجروفوك)
المعلومات البيبليوغرافية
تم تزويد هذا السجل من قبل Universiti Putra Malaysia