Tumbuhan ubatan untuk merawat penyakit kurap
2002
Khairana Husain | Juriyati Jalil | Jamia Azdina Jamal | Ibrahim Jantan | Abazareeza Mohd. Abas (eds.), Kebangsaan Malaysia Univ. (UKM), Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 50300 Kuala Lumpur (Malaysia). Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu. Jabatan Farmasi
Malay. Kurap merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh infeksi fungus, kerap menular di kalangan masyarakat yang kurang mengamalkan kebersihan. Ia merupakan sejenis penyakit berjangkit yang mudah dihinggapi oleh sesiapa sahaja terutamanya menerusi sentuhan secara langsung dengan orang yang dijangkiti tanpa mengira peringkat umur. Kebanyakan daripada pesakit akan berasa gatal pada bahagian jangkitan. Pengumpulan maklumat mengenai tumbuhan ubatan yang digunakan untuk merawat penyakit ini di dalam perubatan tradisional Melayu telah berjaya menyenaraikan sebanyak dua puluh sembilan (29) spesies yang merangkumi 19 famili tumbuhan ubatan yang berpotensi untuk bertindak sebagai agen antifungus. Spesies-spesies dari famili Compo sitae, Euphorbiaceae, Labiatae, Lecythidaceae dan Leguminosae dikenalpasti sebagai tumbuhan yang lazim digunakan dan berpotensi untuk bertindak sebagai agen antifungus. Kajian saintifik selanjutnya ke atas tumbuhan yang te lah didokumentasikan ini diharap akan membawa kepada penemuan dadah antifungus yang baru dan seterusnya kepada pengesahan ciri-ciri antifungus yang terkandung di dalam tumbuhan ubatan yang berkenaan.
Show more [+] Less [-]AGROVOC Keywords
Bibliographic information
This bibliographic record has been provided by Universiti Putra Malaysia