Menilai hutan lipur ke arah destinasi utama pelancongan eko | Evaluate the tropical forest towards the main destination of ecotourism
2004
Azman A. Rahman | Harun Abu Hassan | Jalil Md Som, (Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia (Malaysia), Unit Silvikultur dan Perlindungan Hutan (eds.)
unknown. Pertambahan bilangan kawasan hutan lipur di negeri-negeri menunjukkan permintaan orang ramai terhadap kemudahan beristirehat, rekreasi dan senggang di dalam kawasan hutan kian meningkat dari masa ke semasa. Ciri-ciri keaslian, keunikan, kecantikan permandangan semulajadi hutan tropika yang merangkumi sungai-sungai, jeram, air terjun, tasik dan gua telah dapat memenuhi keperluan ini. Pada masa sekarang pelbagai kemudahan, keperluan asas dan infrastruktur disediakan di kawasan-kawasan hutan lipur ini dan pembangunan in situ diutamakan di mana daya tarikan dan nilai-nilai hutan semulajdi ditingkatkan. Kertas kerja ini mengenengahkan keupayaan dan potensi hutan lipur sebagai destinasi pelancongan eko. Cara menilai tahap pembangunan mengikut definasi pelancong eko yang terdapat di dalamnya dibincangkan. Penilaian ini merupakan alat penting bagi pihak pengurusan meningkatkan infrastruktur tanpa menggugat keaslian dan daya tarikan hutan yang sedia ada mengikut kategori tertentu. Penilaian ini juga dapat membantu para pelancong tempatan dan luar negara memilih destinasi-destinasi mengikut keistimewaan sesuatu hutan lipur itu sambil menikmati keunikannya dan keindahan alam semulajadi. Justeru itu akan terdapat peningkatan kesedaran terhadap kepentingan hutan lipur seiring dengan pengekalan pemeliharaan hutan, penjagaan kestabilan alam sekitar, pemuliharaan kepelbagaian hayat, rekreasi dan estetik.
Show more [+] Less [-]AGROVOC Keywords
Bibliographic information
This bibliographic record has been provided by Universiti Putra Malaysia