Tindakan etilena dan poliamina terhadap morfogenesis kultur pisang mas (Musa AA)
2000
Kamsiah Hassim | Norzulaani Khalid | Nor Aziah Juli
Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan tindakan etilena dan poliamina terhadap morfogenesis kultur pisang Mas (Musa AA) in vitro. Bagi tujuan tersebut, dua aditif telah digunakan iaitu argentum nitrat (AgNO3) dan putresina.Eksplan-eksplan meristem yang telah dikultur selama tiga minggu diuji kadar kepekatan etilenanya dan didapati etilena dibebaskan secara semulajadi oleh tumbuhan kultur dengan variasi bacaan antara 5.98-25.31 µL/L/j. Bahagian meristem yang segar dan berpotensi untuk memanjang digunakan untuk ujikaji seterusnya. Hasil eksperimen dinilai dari segi kadar kepekatan etilena, bilangan regenerasi oleh eksplan yang diperlakukan selepas 7 dan 21 hari di dalam media kultur.Rawatan (AgN03) didapati merangsang pembebasan etilena pada kepekatan 40.00µM dan 50.00µM, manakala kepekatan 5.00-30.00µM memberikan bacaan di bawah paras baeaan kawalan. Bilangan regenerasi maksima diperolehi pada kepekatan 20.00 µM dan 30.00µM, sementara bilangan regenerasi minima diperolehi pada kepekatan 40.00µM dan 50.00µM. Eksplan kelihatan hijau dan segar pada kepekatan 10.00-30.00µM tetapi pada kepekatan 40.00µM dan 50.00µM, eksplan kelihatan perang dan nekrosis. Pada semua kepekatan AgN03 (5.00-50.00µM), pemanjangan eksplan direncat.Rawatan putresina mereneat pembebasan etilena pada semua kepekatan (0.05-5.00mM) yang diuji. Pada semua kepekatan, bilangan regenerasi bertarnbah dan bilangan regenerasi maksima pada kepekatan 1.00mM. Tumbuhan kultur kelihatan hijau dan segar pada semua kepekatan. Eksplan-eksplan memanjang sebagaimana eksplan-eksplan kawalan pada kepekatan 0.05-0.50mM, manakala pemanjangan eksplan direneat pada kepekatan 1.00-5.00mM.Sebagai kesimpulan, poliamina didapati merangsang morfogenesis manakala etiJena mereneat morfogenesis kultur pisang Mas (Musa AA) in vitro.
Show more [+] Less [-]AGROVOC Keywords
Bibliographic information
This bibliographic record has been provided by Universiti Putra Malaysia