Proses dan kesan tapak pelupusan sampah. Kajian kes : Kuala Perlis, Perlis
2008
Shahril Izzani M. | Khairulmaini OS., Malaya Univ. (UM), Kuala Lumpur (Malaysia). Faculty of Art and Social Science. Dept. of Geography
Malayo. Pada hari ini, pembangunan pesat dan juga pertambahan penduduk yang semakin meningkat di Malaysia amnya dan Perlis khususnya telah menyebabkan peningkatan penghasilan sisa pepejal samada sisa domestic, industry, pembinaan dan lain-lain lagi. Ini secara tidak langsung telah meningkatkan kuantiti pembuangan sampah di tapak pelupusan sampah. Oleh itu, keupayaan menampung tapak pelupusan sampah semakin hari semakin berkurangan. Bagi negeri Perlis, peningkatan penghasilan jumlah sisa pepejal telah memberi kesan terhadap satu-satunya tapak pelupusan sampah yang terdapat di negeri ini iaitu tapak pelupusan sampah di Kuala Perlis. Oleh itu, kajian yang dilakukan akan cuba mengenalpasti proses-proses yang berlaku di tapak pelupusan sampah tersebut dimana proses-proses yang berlaku itu akan memberi kesan terhadap alam sekitar di mana kesan terhadap alam sekitar boleh dikelaskan kepada 4 komponen utama alam sekitar iaitu udara, air, tanah dan biologi. Ini akan menyebabkan berlakunya perubahan dari segi aspek kualiti dan kuantiti alam sekitar di kawasan tersebut berbanding sebelum ini.
Mostrar más [+] Menos [-]Palabras clave de AGROVOC
Información bibliográfica
Este registro bibliográfico ha sido proporcionado por Universiti Putra Malaysia