Pemodelan kandungan klorofil di Selat Pulau Pinang menggunakan data penderiaan jauh | Use of satellite imagery to estimate surface chlorophyll in Selat Pulau Pinang [Malaysia]
2003
Khiruddin Abdullah | Md Noordin Abu Bakar | Mohd Zubir Mat Jafri | Zubir Din
desconocido. Penentuan kandungan klorofil di dalam air laut sangat penting dalam industri perikanan. Kandungannya yang tinggi menunjukkan kawasan yang banyak terdapat ikan dan sesuai untuk dijadikan kawasan pemeliharaan ikan dan pembiakan ikan. Pengukuran secara konvensional tidak berupaya memberikan gambaran sinoptik bagi kawasan lautan yang luas kerana ia mengambil masa yang panjang, modal yang banyak, dan peralatan yang mahal. Kertas ini mencadangkan suatu model pemetaan kandungan klorofil di dalam air bagi kawasan yang luas terutama kawasan perairan pantai dengan menggunakan data penderiaan jauh. Ciri-ciri nisbah pekali serakan sinaran terhadap pekali serapan sinaran yang dihubungkan dengan kepekatan klorofil yang terkandung di dalam air laut digunakan untuk memodelkan pemetaan kandungan klorofil di dalam air laut di Selat Pulau Pinang. Data multispektrum daripada satelit "Thematic Mapper" (TM) digunakan dalam pemodelan kandungan klorofil tersebut. Data rujukan kandungan klorofil sekena dengan data satelit terlebih dahulu dikutip dan kemudiannya diregresikan dengan data multijalur satelit. Berdasarkan analisis regresi ini beberapa model dibangunkan dan digunakan untuk memetakan kandungan klrofil tersebut. Keputusan daripada model-model linear, tak linear, dan polinomial yang dibangunkan ini dibandingkan dengan kandungan klorofil sebenar daripada data yang dikutip. Pemodelan polinomial didapati dapat memberikan pemetaan kandungan klorofil dengan ketepatan yang tinggi, iaitu pekali korelasi 0.95m. Model yang dibangunkan ini digunakan untuk melakarkan peta kandungan klorofil di Selat Pulau Pinang.
Mostrar más [+] Menos [-]Palabras clave de AGROVOC
Información bibliográfica
Este registro bibliográfico ha sido proporcionado por Universiti Putra Malaysia