Pengalaman jabatan perhutanan negeri Kelantan dalam mencegah biopirasi. | The experience of Kelantan state forestry department in biopiration avoidance.
2007
Wan Yusoff, W.A. | Abdul Khalim, A.S. | Dahlan, T.
Negeri Kelantan yang dikenali sebagai Serambi Mekah atatu Negeri Cik Siti Wan Kembang merupakan salah sebuah daripada negeri di Semenanjung Malaysia yang masih mempunyai kawasan berhutan yang luas. Keluasan kawasan berhutan di negeri Kelantan ialah 894,271 hektar atau 60% dari keluasan tanahnya. Daripada jumlah tersebur, 629,887 ha atau 60% adalah Hutan Simpanan Kekal. Negeri Kentan terletak di bahagian timur laut Semenanjung Malaysia di antara latitud 4 30`-6 15` Utara dan longitud 101-102 45` Timur meliputi kawasan tanah seluas 1,493,181 hektar menjadikannya negeri yang ke-enam terbesar di Malaysia dan ke-empat terbesar di Semenanjung Malaysia. Negeri Kenlantan bersempadan di sebelah utara dan timur lautnya dengan Negara Thailanddi sebelah barat, negeri Perakdi selatan, negeri Pahangmanakala di bahagian timurnya ialah negeri Terengganu. Adalah dikhuatiri terdapat kegiatan biopirasi atau pergerakan dan pengeluaran sumber biodiversiti tanpa kelulusan daripada negeri Kelantan ke negeri-negeri lain atau sebaliknya terutamanya pada waktu malam atau cuti am. Begi mencegah kegiatan biopirasi, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) telah mengambil inisiatif dengan membina sebuah Pos Kawalan Biodiversiti (PKB) di Lojing yang berhampiran Cameron Highlands, Pahang. PKB Lojing ini juga berfungsi sebagai tempat mengutip cukai hasil hutan kecil. Berdasarkan keberkesanan PKB Lojing, JPNK akan menambah 2 buah pos kawalan, seguah di Jeli (sempadan Kelantan/Perak) dan sebuah lagi di Pasir Putih (sempadan Kelantan/Terengganu).
Mostrar más [+] Menos [-]Palabras clave de AGROVOC
Información bibliográfica
Este registro bibliográfico ha sido proporcionado por Universiti Putra Malaysia