Hidroponik pertanian skala rumah | Hydrophonic Home Agriculture Scale
Sudibyo Karsono | Sudarmodjo | Yos Sutiyoso | Noraida Ilias
desconocido. Hidroponik merupakan teknik pengeluaran sayur-sayuran moden yang masih dianggap baru di Malaysia. Pengeluaran sayur-sayuran jenis daun hidroponik secara komersial hanya bermula pada awal tahun 90-an. Malah, kegiatan pertanian hanya diusahakan oleh pengusaha-pengusaha yang mempunyai modal yang besar, jumlah tenaga pekerja mahir yang ramai malah mampu mengendalikan kegiatan penanaman secara intensif. Ini menyebabkan sehingga kini masih belum ada satu pengeluar gergasi yang menguasai industri hidroponik. Walau bagaimanapun, buku ini cuba untuk menerapkan pendekatan sebaliknya di mana kaedah penanaman secara hidroponik yang dilakukan di rumah sedangkan kos yang diperlukan adalah tinggi? Anda mungkin tesilap kerana kos yang diperlukan untuk usaha menanam sayur-sayuran secara hidroponik, misalnya hanya memerlukan modal tidak melebihi RM100 sahaja termasuk benih dan baja. Teknik yang digunakan sama seperti teknik untuk penanaman secara komersial tetapi dalam kuantiti yang lebih kecil. Penerapan sistem hidroponik di rumah secara tidak langsung dapat mengekalkan kesihatan pengguna. Misalnya, peningkatan unsur besi (Fe) di dalam larutan nutrien dapat merawat pesakit yang menghidap anemia yang kekurangan hemoglobin atau meningkatkan kadar kalsium (Ca) yang dapat mencegah gejala osteoporosis. Selain itu,sayur-sayuran yang dihasilkan lebih beraroma, rangup dan membekalkan pelbagai sumber nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran. Kandungan unsur serat yang tinggi juga boleh mengurangkan risiko diserang kanser prostat. KOnsep senitaman sayur-sayuran (edible landscape) yang diperkenalkan sebagai satu hobi untuk seisi keluarga sama ada dengan menggunakan kaedah hidroponik, aeroponik atau tanaman dalam pasu boleh diusahakan sebagai hiasan halaman rumah, di samping bunga-bungaan. Sama seperti pertanian hidroponik secara komersial, beberapa elemen penting perlu diberikan perhatian sebelum memulakan kegiatan penanaman. Justeru, buku ini menghuraikan secara lengkap tentang sistem penanaman hidroponik di rumah, keperluan asas penanaman, pengendalian hama dan penyakit, penyediaan larutan nutrien serta peringkat-peringkat kegiatan penanaman.
Mostrar más [+] Menos [-]Palabras clave de AGROVOC
Información bibliográfica
Este registro bibliográfico ha sido proporcionado por Universiti Putra Malaysia