Penggunaan tumbuhan ubatan dalam perubatan tradisional Melayu untuk merawat alergi dan reumatisme | The use of medicinal plants in traditional medicine to treat allergies and rheumatism
2000
Mayawerda M. S. | Ibrahim J. | Juriyati J. | Hussain K. | Jamal J. A.
Kajian telah dijalankan ke atas penggunaan tumbuhan ubatan untuk merawat alergi kulit dan reumatisme di kalangan masyarakat Melayu di daerah Batu Pahat, Johor. Sebanyak 32 spesies daripada 25 famili yang digunakan dalam sediaan tunggal dan campuran telah direkodkan melalui temu bual dengan pengamal perubatan tempatan. Antara spesies yang paling kerap digunakan ialah Terminalia catappa (Combretaceae), Vernonia cinera (Compositae), Cymbopogon citratus (Gramineae), Cassia alata (Leguminosae), Capsicum frutescens (Solanaceae) dan Curcuma domestica serta Zingiber officinale (Zingiberaceae). Bahagian tumbuhan yang sering digunakan ialah daun, rizom dan akar. Tatacara penggunaan tumbuhan ubatan tersebut turut dibincangkan.
Mostrar más [+] Menos [-]Palabras clave de AGROVOC
Información bibliográfica
Este registro bibliográfico ha sido proporcionado por Universiti Putra Malaysia