Sayuran tradisional, ulam dan penyedap rasa | Traditional vegetables
2000
Ismail Saidin
Malaysia adalah antara negara tropika yang kaya dengan kepelbagaian spesies tumbuh-tumbuhan. Masyarakat Malaysia mengkategorikan kepelbagaian tumbuhan ini sebagai sayuran (perlu dimasak), ulam (dimakan mentah) dan penyedap rasa (dimasukkan untuk menyedapkan masakan)mengikut apa yang dilakukan dalam pelbagai masakan harian. Kebanyakan daripada tumbuhan ini ditanam di sekitar rumah dalam sistem porak. Namun kehadiran sayuran yang diperkenalkan dari luar negara, terutamanya dari negara yang berhawa dingin seperti kubis, asparagus, tomato dan salad menguasai bekalan sayuran tempatan. Secara tak langsung, sayuran tradisional semakin dilupakan. Sebenarnya tumbuh-tumbuhan tempatan adalah lebih senang untuk ditanam di sekitar rumah memandangkan iklim yang diperlukan adalah lebih sesuai daripada menanam sayuran beriklim sejuk. Sayuran Tradisional, Ulam dan Penyedap Rasa menghuraikan setiap spesies sayuran dengan memberi nama botani, famili dan nama lain bagi tumbuhan tersebut. Kegunaan dan khasiat yang terdapat pada tumbuhan yang dibincangkan akan dinyatakan selain memberi cara pembiakan dan penanamannya. Buku ini turut dilengkapi dengan gambar warna dan ilustrasi untuk memudahkan pembaca mengenai tumbuhan.
Mostrar más [+] Menos [-]Palabras clave de AGROVOC
Información bibliográfica
Este registro bibliográfico ha sido proporcionado por Universiti Putra Malaysia