Pemodelan pencemaran laut menggunakan data penderiaan jauh | Modelling of sea pollution using satellite imagery
2003
Mohd Zubir Mat Jafri | Khiruddin Abdullah | Md Noordin Abu Bakar | Zubir Din
desconocido. Kertas ini mencadangkan suatu model pemetaan takat pencemaran air bagi kawasan yang luas terutama kawasan perairan pantai dengan menggunakan data penderiaan jauh. Bahan pencemaran yang dikesan ialah bahan terampai di dalam air laut. Kawasan kajian adalah perairan di selat Pulau Pinang. Ciri-ciri nisbah pekali serakan sinaran terhadap pekali serapan sinaran yang dihubungkan dengan kepekatan bahan terampai yang terkandung di dalam air laut digunakan untuk memodelkan pemetaan takat pencemaran air laut tersebut. Data multispektrum daripada satelit "Thematic Mapper" (TM) digunakan dalam pemodelan takat pencemaran tersebut. Data rujukan takat pencemaran sekena dengan data satelit terlebih dahulu dikutip dan kemudiannya diregresikan dengan data satelit menggunakan multitarikh. Berdasarkan analisis regresi tersebut memberikan pemetaan takat pencemaran bahan terampai dengan ketepatan yang tinggi, iaitu dengan pekali korelasi 0.9. Model yang dibangunkan ini digunakan untuk melakarkan peta takat pencemaran bahan terampai di selat Pulau Pinang.
Mostrar más [+] Menos [-]Palabras clave de AGROVOC
Información bibliográfica
Este registro bibliográfico ha sido proporcionado por Universiti Putra Malaysia