Tumbuhan herba untuk mengatasi penyakit jantung,darah tinggi dan kolestrol | Herbs plant to treat heart disease, high blood pressure and cholesterol
Dyah Widiastoety Darmono | M. Sitanggang | Noraida Ilias
desconocido. Dewasa ini, bagaikan sudah menjadi satu fenomena biasa bagi masyarakat kita mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat sehingga mengabaikan pelbagai aspek penjagaan kesihatan. Fenomena ini turut disambut baik dengan pembangunan dan perkembangan teknologi yang semakin maju dibawa dek arus permodenan. Muda-mudi masa kini semakin leka dan lebih banyak menghabiskan masa berpeleseran dan melepak di pusat-pusat membeli belah. Budaya merokok di kalangan remaja juga semakin meningkat. Kesibukan bekerja dan menjalani kehidupan harian menyebabkan semakin ramai individu lupa tentang aspek pemakanan yang seimbang. Tambahan pula, semakin banyak restoran makanan dan restoran makanan segera yang beroperasi bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan untuk memudahkan golongan yang bekerja ini menjamun selera. Modenisasi yang berlaku juga menyebabkan kemunculan penyakit kronik seperti masalah jantung, darah tinggi dan peningkatan paras kolesterol. Tabiat pemakanan yang tidak `back to nature`, di mana kaedah perubatan untuk merawat penyakit kronik juga telah mula beralih sedikit demi sedikit daripada penggunaan ubat-ubatan moden kepada ubat-ubatan herba tradisional. Semakin ramai yang mula mempercayai keberkesan tumbuhan herba dalam mengawal dan mencegah penyakit mereka walaupun ia hanya memberikan kesan dalam tempoh yang panjang. Buku ini bagaikan satu langkah baru kepada pembaca terutamanya pesakit dan individu yang normal untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang penyakit-penyakit kronik ini iaitu penyakit jantung, darah tinggi dan kolesterolmasalah-masalah yang dihadapipengenalan kepada rawatan menggunakan tumbuhan herba, jenis-jenis tumbuhan herba yang sesuai digunakan serta langkah-langkah penyediaan ramuan tersebut.
Mostrar más [+] Menos [-]Palabras clave de AGROVOC
Información bibliográfica
Este registro bibliográfico ha sido proporcionado por Universiti Putra Malaysia