Kejuruteraan geoteknik | Geotechnical engineering
2003
Bujang B. K. Huat | Shukri Maail
Tanah merupakan satu bahan semula jadi yang terpenting dalam kejuruteraan awam. Tanah berfungsi sebagai asas untuk menyokong binaan seperti jalan raya, jambatan, landasan kereta api, bangunan dan juga berfungsi sebagai benteng atau empangan. Berdasarkan fungsinya sebagai penyokong binaan dan juga bahan binaan itu sendiri, maka kajian tentang kelakuan serta sifat tanah amatlah penting. Kajian ini dinamakan mekanik tanah. Secara ringkasnya mekanik tanah ditakrifkan sebagai suatu pengkajian tentang sifat tanah, komposisi tanah, pengukuhan, pemadatan, kebolehtelapan, kekuatan ricih tanah, aliran air menerusi tanah serta tekanan tanah seperti tanah aktif dan tekanan pasif yang bertindak dalam tanah. Tanah adalah suatu bahan yang amat komples. Sifat-sifatnya sering digambarkan dalam bentuk fizikal yang dipermudahkan supaya sifat-sifat mekaniknya dapat ditentukan. Mekanik tanah perlu banyak pengiraan dan model-model yang berbentuk matematik. Buku `Kejuruteraan geoteknik : contoh masalah dan penyelesaian` ini ditulis khas untuk pelajar dalam bidang ini untuk memahami contoh-contoh permasalahan yang lazimnya ditemui dalam kejuruteraan geoteknik, serta bagaimana masalah-masalah ini diselesaikan.
Mostrar más [+] Menos [-]Palabras clave de AGROVOC
Información bibliográfica
Este registro bibliográfico ha sido proporcionado por Universiti Putra Malaysia