Projek taman gunung Cameron Highlands/ Cameron Highlands Montane Park (CHiMP): fasa penubuhan
2007
Che Hashim, H. | Nor Akhirrudin, M. | Noorsiha, A | Jalil, M.S. | Abdul Rahim, N. | Saw, L.G. | Helmy Tariq, O. | Muhammad Farid, A.R. | Zainuddin, J. | Theseira, G.W. | Abdul Rahman, A.J. | Badrol Hisham, A.R.
Penubuhan pusat konservasi flora gunung yang pertama bagi Semenanjung Malaysia menerusi Projek Pembangunan Taman Gunung Cameron Highlands (CHiMP) merupakan tindakan awalan bagi menangani pelbagai ancaman ke atas hutan hujan tropika termasuk ekosistem pergunungan. Kewujudan kawasan konservatori flora gunung yang terletak berhampiran kawasan tanah tinggi iaitu di Hutan Lipur Parir Falls, Hutan Simpan Hulu Bertam, Tanah Rata, Cameron Highlands ini dijangka dapat menampung keperluan pemuliharaan, eko-pelancongan, pendidikan alam sekitar, rekreasi serta penyelidikan flora gunung di negara ini. Inisiatif penubuhan taman gunung ini merupakan jalinan usahasamaantara pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Darul Makmur dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Taman Gunung ini juga akan bertindak sebagai pusat kajian dan pengumpulan pelbagai khazanah flora gunung bagi pendidikan dan kesedaran alam skitar seta sebagai sebuah destinasi eko-pelancongan kawasan tanah tinggi yang mempunyai tarikan tersendiri, yang juga merupakan one-stop centre untuk pelbagai aktiviti kawasan tanah tinggi kerana ianya merupakan satu pusat rujukan penting yang amat bermakna kepada masyarakat setempat dan para pencinta flora gunung dari dalam dan luar negara.
Afficher plus [+] Moins [-]Mots clés AGROVOC
Informations bibliographiques
Cette notice bibliographique a été fournie par Universiti Putra Malaysia
Découvrez la collection de ce fournisseur de données dans AGRIS