Status penggunaan herba oleh pengilang tempatan dan potensi penanaman di Malaysia | Status of the use of herbs by local manufacturers and potential investment in Malaysia
2000
Mohamad Setefarzi M. N. | Mansor, P.
Survei menggunakan soalselidik berstruktur telah dijalankan ke atas 163 pengusaha yang terlibat dalam aktiviti pemprosesan herba di Semenanjung Malaysia. Objektifnya ialah untuk mengenalpasti skala operasi firma, kapasiti pengeluaran dan penggunaan bahan mentah Genis, sumber dan harga herba) dalam aktiviti pemprosesan. Majoriti firma yang dikaji (98%) tergolong dalam kategori industri kecil, di mana nilai jualan tahunan kurang daripada RMlO juta dan bilangan pekerja tetap kurang daripada 50 orang. Hanya 2% daripada responden boleh dikelaskan sebagai industri berskala sederhana dengan nilai jualan tahunan di antara RMI0-25 juta dan 50-150 pekerja tetap. Kebanyakan firma (60%) beroperasi pada tahap kurang daripada 70% kapasiti pengeluaran sebenar. Salah satu faktor penyebab kapasiti pengeluaran rendah ialah kurang penawaran bahan mentah tempatan. Bagi memenuhi keperluan, pengusaha terpaksa mengimport bahan mentah yang diperlukan, walaupun terdapat di antara bahan tersebut sesuai ditanam di negara ini. Oalam senarai 50 jenis herba yang banyak digunakan, lebih kurang 70% daripadanya adalah diimport, selebihnya (30%) diperolehi daripada sumber tempatan. Lima jenis herba dari sumber tempatan yang paling banyak digunakan ialah Pegaga (Centella asiatica), Tongkat Ali (Eurycoma longifolia), cendawan Ganoderma(Ganoderma lucidum), Serai Wangi (Cymbopogon nardus) dan Kacip Fatimah (Labisia pumila). Herba-herba yang sesuai ditanam di Malaysia tetapi banyak diimport ialah Sena Maki (Cassia angustifolia), Cekur (Kaempferia galanga), Pala (Myristica fragrans) dan Mengkudu (Morinda citrifolia). Sumber utama bahan mentah tempatan ialah hutan, ia samada dipungut sendiri oleh pengusaha, melalui orang tengah ataupun pemborong. Harga bahan berbeza mengikut sumber perolehan (pemungut, penanam atau pemborong), lokasi, bentuk dim mutu bahan tersebut. Spesies yang sesuai dengan agro-iklim tempatan mempunyai potensi untuk ditanam bagi memenuhi permintaan tempatan.
Afficher plus [+] Moins [-]Mots clés AGROVOC
Informations bibliographiques
Cette notice bibliographique a été fournie par Universiti Putra Malaysia
Découvrez la collection de ce fournisseur de données dans AGRIS