Model logik kabur sebagai alternative untuk pemilihan usahawan | Fuzzy logic model as an alternative for entrepreneur selection
2014
Mohd Hairy Azwan Mohd Bakhtiar | Lee, Aslinah Nyuk Fong | Yaseer Suhaimi Mohd | Mohd Fadil Mohd Yunus | Azmi Abd Razak
Penggunaan model logic kabur dalam pemilihan usahawan merupakan salah satu alternative dalam menentukan pemilihan usahawan yang mampan dan produktif. Melalui beberapa pendekatan dan pelaksanaan tersendiri, MARDI telah melahirkan kumpulan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), petani dan penternak yang berdaya saing bagi menjayakan misi dan visi pertanian negara. Kajian ini memfokuskan penggunaan model logic kabur dalam pemilihan usahawan PKS dengan 10 input parameter yang ditetapkan, iaitu dari sudut nilai jualan tahunan, pengurusan dan pembangunan syarikat. Melalui model logic kabur, satu nilai linguistic dan cara penilaian digunakan dengan data premier yang dikumpul daripada 70 responden usahawan sokongan dan usahawan bimbingan MARDI di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Kajian mendapati 90% usahawan berada ditahap baik dari aspek pengurusan syarikat, manakala lebih 81% di tahap yang aktif dalam aspek pembangunan syarikat. Ini menunjukkan potensi usahawan yang dinilai melalui kaedah model ini adalah seimbang dengan nilai plot penyusutan, output=1.1*Target+ 015, (pekali korelasi, R=0.988) dengan aplikasi MATLAB. Penilaian yang dibuat adalah bersesuaian dengan 27 asas peraturan model (Peraturan JIKA…MAKA) yang telah dihasilkan.
Afficher plus [+] Moins [-]Mots clés AGROVOC
Informations bibliographiques
Cette notice bibliographique a été fournie par Universiti Putra Malaysia
Découvrez la collection de ce fournisseur de données dans AGRIS