Amphibian diversity of Taman Rimba Kenong
2007
Juliana S. | Norhayati A. | Daicus B. | Chan, K. O.
неизвестный. Tinjauan kekayaan spesies amfibia dilakukan di kawasan hutan dan anak¬anak sungai di dalam hutan primer dan sekunder di Taman Rimba Kenong, Pahang, dari 16-22 Ogos 2004. Objektif kajian ialah merekodkan kekayaan dan kepelbagaian spesies amfibia dan mengenalpasti status pemuliharaan setiap spesies yang dijumpai. Matlamat kajian ini ialah untuk menyediakan pangkalan data asas untuk rujukan pihak pengurusan, terutamanya Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, dan operator pelancongan. Haiwan amfibia dicari secara visual dan audio pada waktu malam, di sepanjang sungai dan rintis hutan dengan menggunakan lampu suluh. Sebanyak 133 individu daripada empat famili, lapan genus dan 11 spesies berjaya disampel. Ranidae mencatatkan peratus kekerapan tertinggi iaitu 91.0% daripada jumlah tangkapan, diikuti oleh Bufonidae (7.5%), Rhacophoridae (0.75%) dan Megophryidae (0.75%). lndeks Kepelbagaian Shannon¬Weiner ialah 1.39 ± 0.09 di Sungai Kenong, 1.32 ± 0.13 di Sungai Kesong dan 1.12 ± 0.00 di Lata Babi. Spesies yang dominan ialah Limnonectes blythii (47% daripada jumlah tangkapan), Rana hosii (21 %) danR. signata (14%). Sungai Kesong mempunyai jurnlah tangkapan tertinggi (61 ekor atau 46% daripada jurnlah tangkapan), diikuti Sungai Kenong (37 ekor atau 28%) dan Lata Babi (28 ekor atau 21 %). Jurnlah spesies juga paling tinggi di Sungai Kesong (7 spesies), diikuti Sungai Kenong dan Lata Babi yang masing-masing 6 spesies. Namun demikian, tiada perbezaan bererti antara indeks kekayaan spesies di antara kawasan kajian. Perbandingan kekayaan spesies dengan kawasan lain dan implikasi kajian juga dibincangkan.
Показать больше [+] Меньше [-]Английский. Amphibian communities were assessed in streams of primary and secondary forests in Taman Rimba Kenong, Pahang, between 16 and 22nd August 2004. The objective of this study was to record the species richness and diversity of amphibians. The aim of this study was to build a database to assist in the management of the park, especially for the Forestry Department of Pahang and tourist operators. Animals were actively searched along streams and forest trails at night using headlights. A total number of 133 individuals from four families, 8 genera and 11 species were successfully sampled. Ranidae recorded the highest percentage of individual abundance (91.0%), followed by Bufonidae (7.5%), Rhacophorodae (0.8%) and Megophryidae (0.8%). The Shannon¬Weiner Diversity index was 1.39 ± 0.09 at Sungai Kenong, 1.32 ± 0.13 at Sungai Kesong and 1.12 ± 0.00 at Lata Babi. The dominant species were Limnonectes blythii (47% from the total catch), Rana hosii (21 %) and R. signata (14%). Sungai Kesong recorded the highest percentage of the total catch (61 animals or 46%), followed by Sungai Kenong (37 animals or 28%) and Lata Babi (28 animals or 21%). Total species was also the highest at Sungai Kesong (7 species), followed by Sungai Kenong and Lata Babi with 6 species each. Nevertheless, there was no significant difference among the sites in terms of species richness. Comparison of species richness with other areas and the implication of this study are also discussed.
Показать больше [+] Меньше [-]Ключевые слова АГРОВОК
Библиографическая информация
Эту запись предоставил Universiti Putra Malaysia