Kesan teduhan terhadap pertumbuhan misai kucing (Orthosiphon stamineus) dan hempedu bumi (Andrographis paniculata) di tanah bris | Effects of shading on the growth of "misai kucing" ( Orthosiphon stamineus ) and "hempedu bumi" (Andrographis paniculata ) on the ground bris
2002
Zaharah A. | Musa Y. | Wan Zaki W. M. | Salbiah H.
Misai kucing (Orthosiphon stamineus) dan hempedu bumi (Andrographis paniculata) merupakan antara herba yang telah dikenalpasti berpotensi untuk pengeluaran secara komersil. Memandangkan kajian agronomi bagi tanaman-tanaman ini masih belum ada, satu siri kajian agronomi bagi tanaman ini di tanah bris telah dijalankan. Kertas kerja ini melaporkan kajian kesan penggunaan teduhan terhadap pertumbuhan dan hasil bagi kedua-dua tanaman tersebut di tanah bris. Penanaman dijalankan pada musim pertama (bulan Januari tahun 2000). Kutipan hasil dibuat setiap tiga minggu bagi misai kucing dan setiap dua minggu bagi hempedu bumi dengan memetik pucuk muda sepanjang 15cm. Jumlah kutipan ialah dua belas kali bagi misai kucing dan 7 kali bagi hempedu bumi. Keputusan yang diperoleh menunjukkan teduhan telah memberi kesan yang signifikan terhadap hasil basah sehektar bagi bagi kedua-tanaman tersebut. Bagi misai kucing, hasil basah tertinggi (29.37 t/ha) diperoleh daripada petak yang menerima 50% teduhan. Hasil daripada petak tanpa teduhan dapat menandingi petak yang menerima teduhan 70% dan 80%. Arah aliran yang sama telah diperoleh daripada tanaman hempedu bumi. Hasil basah tertinggi (7.22 tjha) diperoleh daripada petak yang menerima 50% teduhan diikuti dengan 6.7 t/ha bagi petak yang menerima 60% teduhan. Hasil daripada petak tanpa teduhan (5.5 t/ha) adalah lebih tinggi daripada petak yang menerima 70 atau 80% teduhan. Teduhan juga memberi kesan yang signifikan terhadap nisbah pengeringan (nisbah berat basah:berat kering) bagi misai kucing. Petak tanpa teduhan memberi nisbah pengeringan yang terbaik (1.39) berbanding 3.25 bagi petak yang menerima 50% teduhan. Purata nisbah pengeringan bagi hempedu bumi ialah 3.47 berbanding 2.56 bagi misai kucing.
显示更多 [+] 显示较少 [-]